Thursday, 6 August 2009

KEISTIMEWAAN MALAYSIA

Malaysia nie banyak kelebihannya. Malaysia dulu dan sekarang sudah jauh bebeza. Hebatnya pemimpin Malaysia kerana mampu meletakkan Malaysia menjadi sebahagian dari anggota dunia. Banyak perkara yang boleh dibanggakan di Malaysia..
















Sunday, 2 August 2009

Negaraku

Malaysia.. erm.. aku berbangga menjadi anak kelahiran Malaysia. Bangga sangat-sangat. Kenapa??


Sebabnya mudah sahaja. Sejak aku dilahirkan sehingga usia aku menjangkau 30-an ini, aku masih lagi bebas menikmati keindahan bumi Malaysia ini tanpa rasa takut dan ragu-ragu. aku masih lagi bebas bergerak ke sana ke mari tanpa sebarang halangan. yang penting, di bumi Malaysia ini tak ada peperangan, tak ada gunung berapi, gempa bumi..


Negaraku Malaysia merupakan sebuah negara dengan keluasan 329,758 kilometer persegi termasuk Sabah dan sarawak. Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) dipisahkan oleh Laut China Selatan seluas 531.1 kilometer persegi. Malaysia bersempadan dengan Thailand, Singapura , Brunei dan Indonesia. Malaysia Beriklim Khatulistiwa Dengan julat Suhu 21ºC hingga 32 ºC, panas dan lembab sepanjang tahun.

Malaysia nie memang kaya dengan biodiversiti. Mewah. Pelbagai hidupan flora mahupun fauna menjadi mercu tanda di Malaysia. Uniknya Malaysia.


Pendek kata memang besh la duk kat malaysia nie. Tapi aku kekadang rungsing jugak sebab kebanyakkan pelapis negara tidak berminat untuk mentadbir negara. Masih mengharapkan orang lain. masih menunding pada orang lain dan bukan diri sendiri.


Saturday, 1 August 2009

Apa Itu Negara


Apa itu negara? Biasanya, kita sering mengaitkan perkataan ‘negara’ dengan ‘tanah air’. Dari segi peristilahan memanglah perkataan ‘negara’ dapat disinonimkan dengan kata ‘tanah air’. Tetapi di sini tumpuan adalah kepada pentafsiran dan elemen-elemen yang menjadi tunjang kepada kewujudan apa yang dinamakan sebuah negara.
Sebagai contoh, apabila kita mendefinisikan perkataan ‘pokok’ kita dengan mudahnya boleh menyebut ianya adalah ‘tumbuhan’. Tetapi adalah elok selain daripada memberikan tafsiran mudah ini kita persoalkan pada diri kita sendiri apakah perkara atau elemen-elemen yang ada bagi sesebuah pokok itu. Sebab pokok akan dinamakan apabila ia mempunyai perkara-perkara asas seperti akar, batang, dahan, ranting, daun, pucuk, bunga dan buah. Dan bagi memastikan pokok ini sihat dan subur maka sudah pasti ianya memerlukan tanah, baja, air dan cahaya matahari yang mencukupi. Jika semua aspek ini telah ada barulah pokok ini akan megah tegak berdiri menyapu awan. Begitulah juga dengan konsep NEGARA.


Sebuah negara melengkapi kesemua elemen ini. Kalau tak ada tanah, macam mana sebuah negara nak ada? Kalau tak ada rakyat kemudahan yang disediakan untuk siapa? Siapa nak uruskan hasil bumi yang melimpah ruah? Kalau tak ada kerajaan, siapa yang nak memimpin?? Sudah pasti semua orang akan buat hal sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Kalau tak ada kedaulatan, tiada kebebasan?? erm... ibarat makan gaji je lah... tak bleh nak wat apa2 dan ta bleh nak wat keputusan sendiri..
Yang aku tahu, Malaysia negaraku adalah sebuah NEGARA. Kenapa?? Sebanya negarak ini cukup melengkapi keempat2 elemen sebuah negara. Punya tanah yang tidak perlu berkongsi dengan orang lain.. Punya rakyat yang berbilag kaum dan hidup harmoni, punya kerajaan yang mentadbir melengkapi semua keperluan rakyat dan kemajuan negaranya jua kedaulatan yang tidak perlu disangkal oleh sesiapa. Tidak perlu bergantung kepada sesiapa dalam menguruskan negara. Syabas Malaysia!! AKU SAYANG NEGARAKU! AKU SAYANG MALAYSIA!!

Thursday, 9 July 2009

Muhasabah Diri

Terkadang, kita lalai dan leka dalam mengejar nikmat kemewahan di dunia..
Kita lalai mengenal siapa diri kita yang sebenar..
Kadang kala, kita perlu kembali ke fitrah..
Kerana mungkin kita telah jauh terpesong dari landasan hidup..
Kadang kala kita terlupa..
Bukan kita sahaja yang hidup didunia ini..
Kadang kala kita perlu juga mengingati tentang kehidupan yang lain..
Kerana bukan kita sahaja yang bernafas di bumi Tuhan ini...
Kerana kita lahir untuk bersama-sama berkhidmat untuk Dia..