Sunday, 2 August 2009

Negaraku

Malaysia.. erm.. aku berbangga menjadi anak kelahiran Malaysia. Bangga sangat-sangat. Kenapa??


Sebabnya mudah sahaja. Sejak aku dilahirkan sehingga usia aku menjangkau 30-an ini, aku masih lagi bebas menikmati keindahan bumi Malaysia ini tanpa rasa takut dan ragu-ragu. aku masih lagi bebas bergerak ke sana ke mari tanpa sebarang halangan. yang penting, di bumi Malaysia ini tak ada peperangan, tak ada gunung berapi, gempa bumi..


Negaraku Malaysia merupakan sebuah negara dengan keluasan 329,758 kilometer persegi termasuk Sabah dan sarawak. Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) dipisahkan oleh Laut China Selatan seluas 531.1 kilometer persegi. Malaysia bersempadan dengan Thailand, Singapura , Brunei dan Indonesia. Malaysia Beriklim Khatulistiwa Dengan julat Suhu 21ºC hingga 32 ºC, panas dan lembab sepanjang tahun.

Malaysia nie memang kaya dengan biodiversiti. Mewah. Pelbagai hidupan flora mahupun fauna menjadi mercu tanda di Malaysia. Uniknya Malaysia.


Pendek kata memang besh la duk kat malaysia nie. Tapi aku kekadang rungsing jugak sebab kebanyakkan pelapis negara tidak berminat untuk mentadbir negara. Masih mengharapkan orang lain. masih menunding pada orang lain dan bukan diri sendiri.


No comments:

Post a Comment